Berita Utama

PKP semula boleh runtuhkan sistem sosial, ekonomi – PM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak akan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) seluruh negara kerana “dikhuatiri boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara.”

Ini walaupun jumlah kes Covid-19 harian mencapai tahap tertinggi selama beberapa hari lepas.

“Setakat hari ini, kita tidak memikirkan soalan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di selurah negara atau total lockdown,.

“Apa yang akan dilakukan oleh kerajaan ialah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar di kawasan-kawasan yang dikenalpasti mempunyai kes-kes Covid-19 yang tinggi.

“Dengan ini, aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan-kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan SOP yang ketat dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas,” kata beliau hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan menjangkakan kes Covid-19 baru akan meningkat dalam beberapa hari mendatang, namun jelasnya kerajaan hari ini lebih memahami dan dalam keadaan lebih baik untuk menangani penularan wabak itu.

“Saya percaya kesiapsiagaan sistem kesihatan kita akan membolehkan kita menangani 9 penularan Covid 19 tanpa perlu kita menutup sektor-sektor ekonomi yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Setakat ini, proses pemulihan ekonomi berjalan dengan lancar. Apa jua keputusan yang diiambil, perlu mengambil kira kepentingan 15 juta rakyat kita yang keluar bekerja. Ini penting bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara,” kata perdana menteri lagi.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!