Berita Utama

Polis cari ‘Ho Ruey Terng’ berhubung kes hina Agong

KUALA LUMPUR – Polis kini menyiasat pemilik akaun Facebook menggunakan nama Ho Ruey Terng selepas didapati menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menjalankan siasatan susulan laporan terhadap lelaki itu yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan dan hasutan terhadap Al-Sultan Abdullah.

“Polis membuka kertas siasatan terhadap individu terbabit mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan dilakukan daripada pelbagai sudut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial kenyataan dimuat naik seorang pengguna Facebook menggunakan nama Ho Ruey Terng dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong sebagai diktator dan gagal menyelesaikan permasalahan yang wujud akibat penularan Covid-19.

Loading...

Leave a Reply