Berita Utama

Polis sahkan bekas CEO MAS terselamat dalam nahas helikopter

POLIS mengesahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) Datuk Ahmad Jauhari Yahya terselamat dalam kejadian nahas helikopter dekat Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata Ahmad Jauhari, 66, dan Tan Chai Eian, 51, berada di dalam helikopter yang berjaya mendarat dekat sebuah sekolah Tamil berhampiran lokasi kejadian.

Bercakap di lokasi, beliau berkata dua lagi lelaki maut susulan kejadian helikopter terhempas itu, pagi Ahad.

Katanya, dua lelaki yang terkorban dikenal pasti sebagai Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) Datuk Ahmad Jauhari Yahya.

Mohamad Farouk berkata dua helikopter tersebut adalah dari syarikat yang sama.

“Kami percaya mereka berlepas dari Subang menuju ke Genting Sempah. Kami sedang menyiasat punca kematian manakala siasatan berhubung insiden itu akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam, ” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!