Blog Berita Online

Berita Utama

Keluarga mangsa tak puas hati polis hanya jadi pemerhati

PETALING JAYA – Seorang pegawai polis dilihat hanya memerhatikan pergduhan ganaas yang mengakibatkan kematian seorang lelaki berusia 28 tahun di Bangsar, awal pagi semalam.

Video kejadian itu menunjukkan kehadiran seorang inspektor yang tersengih dan berkata: “Saya pun tidak tahu apa yang berlaku”, walaupun pergduhan itu berlaku di depannya dan seorang rakan.

Polis Brickfields menerima laporan pergduhan di lorong belakang Jalan Telawi 2 daripada orang awam sekitar 1 pagi.

FMT difahamkan keluarga mangsa tidak berpuas hati inspektor berkenaan sekadar menjadi “pemerhati” kejadian.

Difahamkan, polis Brickfields akan mengambil keterangan inspektor berkenaan yang bertugas di bahagian jenayah di Kuala Selangor.

Polis juga dijangka merampas telefon bimbit milik rakan pegawai terbabit, yang merakamkan sebahagian kejadian itu.

Tidak diketahui apa yang dilakukan inspektor berpakaian preman itu di Bangsar dan sama ada pergerakannya di luar daerahnya diluluskan ketua polis daerah Kuala Selangor.

Polis juga sedang memeriksa sama ada dia membawa pistolnya, atau mendapat kebenaran berbuat demikian ketika meninggalkan daerah berkenaan.

Mengikut Akta Polis, anggota polis wajib menghalang jenayah pada setiap masa, walaupun ketika tidak bertugas.

Jika keadaan menjadi tidak terkawal, dia mesti menghubungi balai polis berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Dalam kejadian awal pagi semalam, mangsa yang berusia 28 tahun itu ditoreh pisau dan ditikam menggunakan botol bir pecah beberapa kali, manakala rakannya berusia 30 tahun cedera di muka.

Lima lelaki menyerang mereka selepas selesai minum dengan rakan di Bangsar.

Polis dilaporkan berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam lama antara si mati dan suspek.

Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas

SEORANG pegawai polis yang didakwa berada di sekitar lokasi kes bunuh di Jalan Telawi 2, Bangsar pada Sabtu selepas video pergduhan di kawasan itu tular, disahkan berada di luar waktu bertugas ketika itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata inspektor berusia 27 tahun yang merupakan pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya kerana tidak bekerja, dan dalam kelepasan tugas.

“Hasil temu bual, pegawai itu memaklumkan dia telah pergi ke Bangsar bersama rakannya untuk makan malam dari rumahnya di Subang Jaya. Semasa kejadian, dia bersama kawannya dalam perjalanan untuk mengambil kereta yang diletakkan berhampiran kawasan itu.

“Semasa hendak membuat laporan berhubung kejadian itu, dia mendapati kenderaan polis telah sampai di tempat kejadian, dan dia terus pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan Ahad.

Anuar berkata video tular itu turut dirakam oleh rakan kepada pegawai polis berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang individu dipercayai anggota polis yang dirakam dalam video tular itu didakwa hanya melihat tanpa melaporkan satu kejadian pergduhan yang berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi yang mengakibatkan seorang maut manakala seorang lagi cedera parah.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun ditahan di Selayang Batu Caves semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan dan polis masih mengesan beberapa suspek yang telah dikenal pasti.

3 Comments

  1. Aku Melayu

    Inspektor tu sorang.lps tu yg gaduh tu mabuk.nk suruh inspektor tu jadi cam Allahyarham Adib ke ape.

    • ZULKIFLI AHMAD GHAZALI

      Ya betoi tuu…saya setuju dgn kenyataan saudara…serba salah jadinya…kang kalau buat keje kena belasah sampai mati takde sape pun yg nak membela nasibnya..last2 keluar le ayat ‘anggota Polis berkenaan terjatuh sendiri ketika hendak meleraikan pergaduhan itu lalu meninggal dunia’… seumpama apa yg telah berlaku kepada arwah Adib…sedangkan arwah Adib mati kerana bertugas pun diputar belitkan…padahal arwah siap datang dgn kenderaan Jabatan Bomba dan lengkap berpakaian uniform lagi kot… sememangnya dtg untuk bertugas…

  2. Khalid

    Orang mabuk sering melaku kesalahan² berat. Empunya pub, bar atau premis menjual arak juga sepatutnya mengambil kira perkara ini dan patut dipersalahkan juga. Menjual barangan yg boleh membahayakan nyawa orang lain harus juga dikenakan hukuman. Empunya pub, bar & premis jual arak sama seperti mereka yg ” menjual dadah”. WAJIB di hukum……

Leave a Reply