Berita Utama

Pramugari Malindo Air ditahan cuba seludup dadah ke Australia

LICIK! Satu sindiket di Australia menggunakan kru penerbangan Malaysia untuk menyeludup dadah dengan menggunakan pakaian dalam.

Akhirnya, seorang pramugari Malindo Air warga tempatan tertangkap dan terpaksa berhadapan hukuman penjara akibat cubaan menyeludup heroin bernilai jutaan dolar.

Tertuduh, Zailee Zainal, 40, menerima hukuman penjara sembilan tahun enam bulan setelah didapati bersalah.

Dia ditangkap oleh pegawai sempadan Australia tahun lalu ketika cubaan menyeludup barangan terlarang itu gagal.

Pramugari Malindo Air ditahan cubaan seludup dadah ke Australia, guna teknik seluar dalam

Ketika membaca keputusan pengadilan, Hakim, Michael Cahill berkata bahawa motif ibu kepada tiga anak itu melakukan jenayah tersebut adalah disebabkan dia ingin mencari dana membiayai kos perubatan pembedahan anak perempuannya.

“Dalam menjatuhkan hukuman tidak ada belas kasihan kepada pesalah walaupun keputusan yang dibuat adalah atas desakan hidup,” kata Michael.

Ketika dibicarakan, Zailee juga mengaku direkrut oleh sindiket dadah setelah nekad dan terdesak untuk mencari wang tambahan bagi membayar bil perubatan terkumpul anak perempuannya.

Sebelum mengambil keputusan ‘gila’ tersebut, Zailee sebelum ini telah berusaha mencari pendapatan tambahan dengan menjual brownies dan Tupperware secara kecil-kecilan.

Malangnya, usahanya gagal dan meminta syarikat penerbangannya bekerja untuk menghebahkan berita kesukaran yang ditanggung bagi mendapat bantuan.

Selepas berita kesukaran yang ditanggung tersebar melalui email yang dihantar oleh syarikat penerbangan tersebut, seseorang individu yang dianggap sebagai ‘kawan’ berjumpa dengannya.

“Saya sanggup melakukan apa sahaja.” Nekad Zailee ketika itu.

Pada awalnya Zailee dimaklumkan untuk menyeludup ubat dan terpaksa melatih diri dengan menggunakan kod perkataan ‘tiket’ untuk merujuk kepada ubat yang diseludup.

Teknik seluar dalam

Di mahkamah, Zailee juga mengatakan dia harus menjalani latihan sebagai pembawa ubat, belajar bagaimana berbicara dalam kod, termasuk berjalan dengan paket ubat yang diikat pada kakinya dan sebahagian lain disorok dalam pakaian dalam termasuk seluar dalam.

Pramugari Malindo Air ditahan cubaan seludup dadah ke Australia, guna teknik seluar dalam

Antara Oktober 2018 dan Januari 2019, dia telah melakukan lapan perjalanan dan menyeludup lebih dari 4 kilogram kokain, bernilai sekitar 3 juta dolar AS.

Semasa mendarat di Australia, dia akan pergi ke hotel yang mana pertukaran yang dianggap ubat itu akan dibuat di dalam tandas.

Zailiee memperoleh A$6,500 (RM26,999.64) sebagai imbuhan yang menyebabkannya dipenjara.

Dalam bahasa kod, heroin disebut ‘tiket’. Pihak berkuasa di Australia berjaya merampas lima bungkusan heroin ketika Zailie ditahan.

Pramugari Malindo Air ditahan cubaan seludup dadah ke Australia, guna teknik seluar dalam

Ketika ditangkap, Zailee membuat pengakuan penuh tetapi memberitahu penyiasat bahawa dia menyangka dia diperintahkan membawa ganja.

“Hati saya kuat megatakan itu bukan ubat, tetapi cuba meyakinkan diri saya bahawa itu ubat dan saya seolah tiada pilihan serta telah nekad,” katanya.

“Sekiranya saya tahu itu heroin, saya tidak akan melakukannya,” kata Azilee dengan penuh penyesalan.

Penahanan Zailee sementara menunggu hukuman di Australia memberi kesan besar kepada keluarganya.

Suaminya, yang juga pramugara tidak dapat bekerja sejak penularan wabak Covid-19. Kini, dia hanya menjalani hukuman penjara dan berusaha membuat rayuan supaya dapat pulang dan menjalani hukuman di Malaysia.

Jadikanlah kisah Zailee ini sebagai satu pengajaran buat semua dan jauhi dadah kerana ia tak mendatangkan apa-apa manfaat!

Loading...

Leave a Reply