PREBET Adam Jaafar yang pernah menggembarkan negara dengan ristiwa amukan berdarah di Chow Kit kira-kira 32 tahun lalu, meninggal dunia hari ini.
Arwah yang berasal dari Sungai Pinang, Georgetown menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Dalam insiden pada tanggal 11 Oktober 1987 itu, Prebet Adam melepaskan tembakan membabi-buta sehingga mengorbankan seorang pejalan kaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Kejadian itu menjadi perhatian seluruh negara kerana timbul dakwaan Adam dikatakan mengamuk bagi menuntut bela di atas kematian adik lelaki yang kononnya dibunuh oleh almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh adik Preebet Adam iaitu Hawa Jafar.
“Adam mengamuk di Jalan Chow Kit pada 1987 kerana masalah di tempat kerja, bukannya kerana adik kami dibunuh almarhum sultan.
“Semua adik beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah,” katanya.
Prebet Adam kemudiannya menyerah diri kepada dua jeneral tentera yang berunding dengannya pada petang 19 Oktober ketika sedang bersembunyi di sebuah bangunan dekat Kampung Baru.
Dia yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..
Leave a Reply