Blog Berita Online

Politik

PRK Slim: Pengundi Cina, India kembali kepada BN

Keputusan tidak rasmi di pusat daerah mengundi (PDM) membayangkan sejumlah pengundi Cina dan India yang menolak BN pada PRU 2018 membuat pilihan berbeza kali ini.

Ia jelas dilihat di Ladang Sungkai, PDM dengan majoriti pengundi India (83.56 peratus).

Pada 2018, 70.35 peratus pengundi di situ menyokong calon PH tetapi kali ini sejumlah 68.26 peratus pengundi memilih calon BN.

Sementara itu, keputusan di PDM Sungai Slim Utara membayangkan peralihan sokongan yang sama di kalangan pengundi Cina.

Fakta PRK Slim

1. BN menang dengan jumlah undi 13,007 – lebih besar daripada gabungan undi BN dan PAS pada PRU14

2. Dari segi peratus, BN berjaya menguasai 84.37% undi dalam PRK kali ini. Pada PRU14, peratusan undi bagi gabungan BN dan PAS adalah 67%.

3. BN menang di kesemua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM)

4. BN berjaya memenangi 61.28% (660 undi) di PDM Sungai Slim Utara. PDM ini amat signifikan kerana lebih 60% pengundinya adalah daripada kaum Cina. Pada PRU14, BN hanya berjaya memenangi 17.9% undi di PDM ini

5. Bagi PDM Ladang Sungkai yang memiliki 83.56% pengundi India, BN berjaya memperoleh 68.3% (157 undi). Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding gabungan peratusan yang diperoleh PAS dan UMNO pada PRU14 iaitu sebanyak 29.7%

6. Ini bermakna bukan sahaja Melayu, tetapi rakyat seluruh kaum telah meninggalkan pembangkang – memberi bayangan bahawa rakyat tidak percaya bahawa Muafakat Nasional bersifat perkauman

7. PH berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah ketika menjadi pembangkang kerana tidak bertanding.

Leave a Reply