Blog Berita Online

Berita Utama

Punca sebenar Youtuber Pavithra didera suami

IPOH – Berang namanya tidak disebut isteri ketika menerima anugerah penghargaan baru-baru ini, disyaki menjadi punca suami kepada youtuber masakan terkenal tergamak mendera isterinya.

Sumber berkata, kejadian itu dikatakan menjadi antara punca pasangan terbabit bertengkar ketika mereka berada di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, baru-baru ini.

Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan tangkapan lelaki berkenaan yang kini dalam tahanan reman.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,” katanya.

1 Comment

  1. rosli salem

    D3ngki atau iri h4ti tu univers4l.. kawan naik gaji RM20 pun ada org iri hati.. itu bukan isu.. isunya bila layan t0di ak4l jadi t4k w4ras.. itulah mas4lah seben4rnya…

Leave a Reply