Viral

Bila isteri mengidam naik bas, tengok ‘roadblock’… suami tunaikan juga

Mengidam adalah satu perkara normal bagi seseorang wanita dalam tempoh kehamilan. Walaupun kebanyakan rasa mengidam adalah terdapat perkara-perkara yang normal sahaja, ada juga wanita hamil yang menginginkan sesuatu di luar jangkaan.

Seorang wanita hamil, Puteri Nazwa telah menyenaraikan tiga perkara yang dia mengidam untuk lakukan ketika mengandungkan anak pertama ini.

Menurut suaminya, Adli Rohaizan, isterinya teringin untuk menaiki bas ekspres, melihat sekatan jalan raya dan menikmati buah strawberi bersalut coklat di Cameron Highland.

Adli berkata, hanya dua daripada tiga keinginnan itu telah berjaya ditunaikan setakat ini dan dia telah berkongsi kisah itu di Facebook miliknya.

Sementara itu, Puteri Nazwa melahirkan rasa syukur kerana keinginannya untuk menaiki bas dan menyaksikan sekatan jalan raya berjaya dipenuhi oleh suaminya.

Muka bahagia dan tak sabarnya nak tunggu bus jalan..

Yeahhhh finally

Semoga keinginan ketiga Puteri Nazwa juga berjaya ditunaikan oleh Adli sebelum dia benar-benar beranak!

Loading...

Leave a Reply