Pengguna jalan raya kini tidak lagi boleh terlepas daripada tindakan undang-undang apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini meluaskan penggunaan kamera badan.
Alat perakam video mudah alih berdefinisi tinggi dipasang pada topi keledar anggota Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) bagi merakam kesalahan trafik.
Sejak semalam tular rakaman video UPB JPJ melakukan rondaan, difahamkan sekitar Puchong di Selangor, dan berjaya ‘menangkap’ beberapa pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang.
Melalui rakaman satu minit 34 saat itu, seorang anggota dilihat menghampiri seorang penunggang motosikal tidak bertopi keledar dan menegur lelaki pertengahan umur itu dengan berhemah.
“Pak cik kenapa tak pakai topi keledar?
“Ni saya rekod ni, tunggu saya hantar surat (saman) tau,” sapa anggota JPJ.
Sila patuhi peraturan jalanraya. Abang JPJ sudah guna kaedah baru. Surat saman akan sampai ke rumah. pic.twitter.com/wpCygcIHjH
— Pakcik 2 #RakyatJagaRakyat (@JalalMisai_2) February 17, 2021
Rakaman itu kemudian dihantar ke pejabat JPJ bagi mengesan nombor plat pendaftaran untuk dimasukkan sebagai bukti dalam sistem saman.
Anggota JPJ melalui rakaman itu juga dilihat menghampiri beberapa penunggang motosikal bermula dengan menegur kesalahan mereka sebelum menyatakan bukti rakaman diambil dan perlu menunggu surat saman sampai ke rumah.
Leave a Reply