Blog Berita Online

Politik

Rakyat menderita jika pilihan raya sekarang, kata Mahathir

PUTRAJAYA — Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum di negara ini berikutan keadaan yang tidak mengizinkan dan tumpuan seharusnya diberi pada usaha mengekang penularan pandemik Covid-19, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sesetengah berpandangan kita wajar adakan pilihan raya sekarang, namun sekarang negara tidak bersedia untuk hadapi pilihan raya kerana kita tidak boleh berkempen.

“Tidak boleh berkumpul dan lakukan apa yang biasa kita lakukan semasa pilihan raya,” katanya, menambah pilihan raya juga akan menelan belanja yang besar.

Bercakap pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam, Dr Mahathir berkata jika perhatian dialih kepada pilihan raya, akan ada rakyat yang menderita.

Ditanya jika beliau mempunyai sokongan majoriti untuk kembali sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu kerana “nombor asyik muncul dan hilang.”

Mengenai hubungannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Anwar, namun menambah: “Mungkin beliau ada masalah dengan saya, kalian (wartawan) perlu tanya dia.” — Bernama

1 Comment

  1. Pemerhati

    As usual Mahathir will tell something different on a daily basis.
    He destroys PH then he came back again to take PH back but now he is partyless.
    He says give back the rakyat’s mandate to PH but PH is without Bersatu.
    The next best thing is a re-election to get fresh mandate but he knows it will be an expensive affair and risky with covid-19 still lurking around. Early of the week he says he has the biggest collection of MPs but Anwar says he is not interested so do GPS.
    At the end of the week, he says the numbers keep appearing and then disappear. Who is at fault, sure it is his fault!!!!!
    Your time have come and gone.
    Count your blessings when you still have time and forget about making Boboi the future PM.

Leave a Reply