Blog Berita Online

Berita Utama

Ramai pertikai polis goyang kaki, bila SJR diperketat trafik sesak teruk

TRAFIK sesak di beberapa lebuh raya keluar masuk utama ibu negara sejak pagi dan berterusan hingga petang ini.

Sehingga 3 petang, kesesakan dilapor masih berlaku di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara Selatan ke pusat bandar; Plaza Tol Putrajaya dan Shah Alam, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) selain di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE).

Turut sesak di Plaza Tol Gombak dan Bentong di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi mengesahkan, punca kesesakan antaranya kerana Sekatan Jalan Raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan yang melanggar aktiviti merentas negeri.

“Tiada pertambahan kenderaan dan jumlahnya pada kadar biasa, tetapi kerana SJR diperketatkan, maka berlaku kesesakan dari awal pagi tadi sehingga kini.

“Sesak terutama sekali di Plaza Tol Sungai Besi, Bentong dan Gombak,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, pihaknya tidak menerima laporan mengenai pertambahan jumlah kenderaan, dengan kadar nisbah pergerakaan kenderaan sebelum ini adalah sebuah kenderaan bagi setiap 10 saat.

“Tetapi hari ini, mungkin sebuah kenderaan bagi setiap 30 saat berikutan sekatan itu,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial mengenai kesesakan di beberapa lokasi di pintu masuk Lembah Klang hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilapor berkata, pihaknya memperketat penguatkuasaan kawalan SJR di seluruh negara dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19, sekali gus memastikan tidak berlaku kluster antara negeri.

Untuk itu katanya, semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri diarah memastikan anggota dan pegawai mereka mengawal setiap SJR dengan lebih ketat.

Leave a Reply