Blog Berita Online

Berita Utama

Remaja 19 tahun dirogol bergilir-gilir tujuh lelaki

TUJUH lelaki termasuk kembar ditahan selepas dipercayai merogol wanita berusia 19 tahun di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa mengenali suspek menerusi aplikasi Whatsapp. Suspek kemudian mengajak mangsa keluar dengan menunggang motosikal.

“Suspek seterusnya membawa mangsa ke rumahnya dengan alasan mahu mencuci luka rakannya yang terbabit dalam kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, bagaimanapun selepas mencuci luka rakan, mangsa diarah masuk ke dalam bilik sebelum dirogol bergilir-gilir.

“Susulan itu, sepasukan polis membuat serbuan di sebuah rumah di Sungai Way dan menahan tujuh lelaki berusia 19 hingga 24 tahun.

“Hasil siasatan, suspek pertama dan suspek kedua adalah kembar dan mengaku terbabit dalam kejadian itu.

“Semakan rekod lampau mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Menurutnya, polis merampas tujuh telefon pintar pelbagai jenis dan motosikal milik suspek pertama.

“Semua suspek ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan,” katanya.

Leave a Reply