Blog Berita Online

Berita Utama

Rider Grab Food maut ketika cari rezeki, tinggalkan isteri sarat hamil

Seorang penghantar makanan maut selepas digilis sebuah lori dalam kejadian langgar lari di Manjalara, Kepong, semalam.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa Muhammad Badrulhisyam Mohd Saufi, 20, dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar pesanan pelanggan sebelum dia terlanggar bahagian belakang sebuah pacuan empat roda lalu terjatuh dan digilis lori terbabit.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan maut serta-merta di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandungkan anak pertama.

Lebih memilukan, mangsa dikatakan bakal menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-21 dalam beberapa hari lagi.

Leave a Reply