Berita Utama

Rider Grabfood maut kemalangan, isteri dan anak-anak hilang tempat bergantung

Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya menghala Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Muhammad Faizal Yahya yang berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu berkembar selepas mengalami masalah pada tayar hadapannya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Pihaknya turut mengambil sampel darah dan urin pemandu lori tersebut untuk tindakan lanjut selain siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi laman Facebook, isteri kepada arwah yang dikenali sebagai Puteri berkongsi berita duka itu dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Loading...

Leave a Reply