Sebuah video viral seorang lelaki mengakui dirinya guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael, Ipoh, Perak mencuri perhatian pelakon Rita Rudaini.
Lelaki bernama Hafizan dalam video tersebut mendakwa dia diasingkan oleh pihak sekolah dan perlu menjalankan kerjanya dalam sebuah stor zink yang tidak selesa.
Rita berkongsi video tersebut di ruangan Instagram Story beserta pandangannya.
“Aik? Dah kena dua dos pun goyang dengan cikgu tak vaksin ke cik pengetua dan cikgu-cikgu lain?
“Nanti mati pegang bendera putih,” tulisnya.
Dalam video berkenaan, Hafizan juga mendakwa diberikan stor Pendidikan Jasmani pada mulanya namun disebabkan banyak barangan dan kawasan laluan, dia ditukarkan ke stor zink yang panas itu.
Sementara dalam perkongsian sebelumnya, Rita menasihati golongan yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk berdisiplin dan telus selain mendapatkan dos penggalak bagi yang telah menerima temu janji.
“Korang yang dah fully vaccinated please la disiplin dan telus, jangan la ketegaq…
“Kes dah naik ni sebab korang ingkar temujanji booster,” tulisnya menerusi Instagram Story.
Rita turut menyertakan foto tangkap layar kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) yang mengatakan kadar kemasukan ke hospital sudah meningkat.
Dalam kenyataan sama, KJ turut menasihati orang ramai yang sudah menerima temujanji dos penggalak untuk pergi mendapatkannya.
Terdahulu, Rita pernah menjadi bualan hangat netizen apabila berkongsi amalan merebus bunga cengkih di kediamannya.
Selain itu, Rita juga selesa digelarkan sebagai prosafe dan bukannya antivaksin kerana dia sendiri pernah mengambil vaksin lain sebelum ini.
Leave a Reply