Blog Berita Online

Hiburan

Asyik suntik muka, netizen ‘seram’ dengan wajah Safiey Illias

Walaupun pernah menghabiskan wang jutaan ringgit untuk pembedahan kosmetik, namun Safiey Illias tidak pernah serik untuk melakukannya berkali-kali.

Baru-baru ini, usahawan terkenal itu telah memuat naik sebuah video menunjukkan dia sedang menjalani satu lagi prosedur pembedahan kosmetik di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94)

Menerusi video tersebut, usahawan berusia 27 tahun itu yang lebih mesra disapa ‘Ratu’ sempat lagi berbual dengan doktor dan menyanyi walaupun berada dalam keadaan separa sedar akibat dibius.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan perasaan seram dan takut melihat prosedur yang dijalani oleh Safiey itu.

Mana taknya, jarum suntikan dirodok begitu sahaja sebanyak beberapa kali ke dalam kulit wajahnya!

Berani betul Safiey walaupun pipi dicucuk-cucuk dengan jarum depan mata macam tu! Asalkan nak nampak lebih cantik, apa pun sanggup ya..

Leave a Reply