Hiburan

‘Saya hanya bergurau’ – Pemilik butik fesyen mohon maaf, akui kurang sensitif

Pemilik butik fesyen Leeyanarahman, Hafiz Hamids tampil membuat permohonan maaf terbuka ekoran keterlanjuran kata-katanya mengiyakan ketidakpatuhan SOP ketika penganjuran pertunjukan fesyen jenamanya pada Rabu.

Jelas Hafiz, kata-kata menerusi video yang tular di media sosial itu hanyalah gurauan bersama teman rapatnya ketika acara sedang berlangsung.

“Dari hati yang ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Kata-kata yang keluar dari mulut saya bukan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

“Kata-kata tersebut, hanya gurauan semata-mata bersama kawan kenalan yang rapat. Sebagai hype kepada seseorang yang acah-acah diinterview,” jelasnya menerusi posting di Instagram pada Jumaat.

Tambah Hafiz, acara tahunan terbabit mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak berkuasa.

“Hakikatnya, fashion show tersebut memang mengikut SOP yang ditetapkan which is keluar dari lift hall, semua guest akan disaring oleh pihak dewan.

“Semasa registration, guest akan dicheck sekali lagi oleh pihak kami sendiri. Kepada yang tak bawa mask, pihak kami akan beri secara percuma.

“As long as, before masuk kena pakai mask. Kemudian, di dalam hall pula, setiap kerusi yang disusun telah dijarakkan mengikut keluasan hall,” tambahnya.

Hafiz akui sikapnya yang mungkin kurang sensitif menjadikan isu tersebut tular hingga mengundang kecaman sesetengah pihak.

“Walau apa yang terjadi, saya memohon seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja yang terasa dengan percakapan saya.

“Mungkin saya kurang sensitif sedikit tentang isu ini. Maaf sekali lagi,” katanya.

Netizen di Twitter meluahkan rasa berang terhadap sikap tidak peduli penganjur acara pertunjukan fesyen apabila ada segelintir tetamu yang hadir tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Tindakan tidak memakai pelitup separuh muka dan tiada penjarakan fizikal antara isu yang dibangkitkan sepanjang acara itu berlangsung.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!