Politik

‘Saya tak berminat nak jadi PM’ – Zahid Hamidi

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beliau tidak pernah menamakan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri selepas jawatan nombor satu negara itu dilepaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau berkata, sebagai manusia biasa, beliau pastinya tidak dapat menyembunyikan perasaan terhiris apabila pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan ke atas dirinya sepanjang kemelut politik yang berlaku ini.

“Demi kepentingan rakyat dan negara ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti terbesar,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau menambah, UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara akan mempertimbangkan beberapa calon perdana menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama serta sokongan semua Ahli-Ahli Parlimen,” katanya lagi.

Beliau pada masaa yang sama turut menyeru seluruh ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat untuk mengenepikan segala perbezaan dan kembali bertaut demi menjayakan agenda rakyat dan negara ini.

Esok, kesemua ketua parti-parti politik dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan bakal perdana menteri kesembilan berikutan peletakan jawatan Muhyiddin daripada jawatan perdana menteri berikutan kehilangan majoriti, mulai pukul 2 petang.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!