Blog Berita Online

Berita Utama

‘Saya tak buat apa-apa kesalahan pun’ – Md Rayhan

SHAH ALAM – Saya tidak menipu mahupun melakukan kesalahan jenayah sewaktu ditemubual Al Jazeera berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia baru-baru ini, kata Md Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia semalam.

Menurut laporan akhbar The Daily Star di Bangladesh, lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun itu memberitahu dia hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap PATI menerusi program terbitan stesen televisyen antarabangsa itu.

“Saya hanya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin. Saya yakin semua pendatang dan Bangladesh akan bersama saya dalam isu ini,” katanya dipetik sebagai berkata.

Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan penahanan Md Rayhan yang diburu pihaknya sebelum ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Beliau turut mengesahkan bahawa Md Rayhan akan diusir keluar dan disenaraihitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Terdahulu, Md Rayhan menjadi buruan selepas membuat dakwaan tidak berasas kononnya wujud diskriminasi kerajaan Malaysia dalam mengendalikan kes koronavirus (Covid-19) melibatkan warga asing.

Dakwaan itu diterbitkan menerusi sebuah dokumentari oleh Al Jazeera pada 3 Julai lalu dan susulan itu polis turut menyiasat mereka yang terlibat dalam penghasilan dan penyiaran dokumentari tersebut.

2 Comments

  1. Dr.Haji.

    Semua PATI termasuk Bangkadesh,China, lndia, Pakistan, lndonesia, Sri Lanka, Thailand,Nigeria,Mynmar Vietnam dan lain-lain SERTA pendatang-pendatang asing kini SUDAH TIBA MASANYA disingkirkan keluar dari bumi Malaysia. Banyak anak-anak Makaysia yang menganggur. Rakyat Malaysia sewajarnya ditukarkan MINDA mereka dan didik anak-anak Malaysia supaya menyayangi negara mereka. Layanilah mereka seperti anda melayani pekerja-pekerja asing dahulu.

    • nur putrajaya

      Elok juga tu. Lps ni dia bolehlah pergi migrate dkt negara yg meraikan hak bersuara lebih2 spt US, England, UK…lantak kau negara mana pun.
      Di Malaysia mcm tulah, kau tu masuk utk bkerja, bkn utk jd jurucakap foreigners.
      Stp negara ada undang2 dan local practice. Org msia pun kn kutip kalau buruk2 kan Msia, lagi kau sapa? X pyh nk jd hero sgt.
      Kjaan guna bentuk2 penguatkuasaan mcm tu pun sbb korang juga foregners, kaki melawan! Tgk org Msia lek lek je ikut arahan kjaan, x cukup mkn time PKP pun masih sabar, Xda yg terang2 melawan sbb tu x perlu lockdown dgn kawat diri…
      Tangkap dan usir, blh jd cth kpd foreiners yg lain. Mungkin mereka ni ptt diajar pepatah, ” dimana bumi dipijak, disitu lagit dijunjung”

Leave a Reply