Blog Berita Online

Berita Utama

Saya tidak jahat cuma nakal dan manja, kata Nur Sajat

Usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Sajat mengakui gemar berfesyen mengikut trend terkini namun ia tidak bererti dirinya jahat.

Jelasnya, apa ditonjolkan di media sosial tidak sama dengan realiti yang mana dirinya seorang sangat peramah dan peramah.

“Ya saya suka berfesyen dan aksi secara spontan bersahaja. Tidak bermakna saya jahat, sayang.

“Saya cuma nakal dan manja sahaja. Mungkin awak melihat saya di Instagram nampak sesuatu.

“Tetapi saya sebenarnya baik dan tidak sombong. Saya mudah dibawa berbincang dan peramah,” katanya di Instagram.

Hari ini, pendakwah Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau PU Amin menggesa orang ramai memboikot Sajat yang dikatakan gemar tampil seksi di media sosial.

Katanya, ia bukan kali pertama gesaan itu dibuat selepas Sajat berpakaian wanita menunaikan umrah awal tahun ini.

Terdahulu, Saja mengingatkan bahawa dirinya tidak pernah melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang malah perniagaan yang diusahakan adalah halal.

“Saya bukan membuat pekerjaan yang haram atau salah di sisi undang-undang. Saya berniaga mencari rezeki yang halal,” katanya lagi.

Leave a Reply