Bagi pasangan kekasih yang hendak berkahwin, sudah pastikan detik-detik sebelum bernikah dinanti-nantikan. Hari demi hari menghitung masa dengan perasaan teruja dan gembira. Namun, perancangan Allah adalah melebihi daripada segala-galanya.
Seperti video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @papiule ini. Video berkenaan detik-detik sebelum majlis perkahwinannya berlangsung telah menjadi tular.
Ianya kerana video tersebut memaparkan kisah yang sepatutnya berakhir dengan kegembiraan namun bertukar menjadi duka selepas bakal suaminya meninggal dunia ketika di saat-saat akhir menjelang hari bahagianya.
Dalam video tersebut, gadis itu kelihatan sangat gembira untuk meraikan hari perkahwinannya. Bermula dari hari kelima dengan wajah yang berseri-seri hingga hari kedua sebelum bernikah, mereka telah melakukan segala persiapan sebelum menikah.
Namun setelah masa hanya berbaki 16 jam, calon suaminya yang bernama Dzulfikar Attras telah menghembuskan nafasnya terakhir. Gadis tersebut cuba untuk menjadi kuat di majlis pengebumian Dzulfikar.
Pengebumian, yang juga turut dihadiri oleh Wedding Organizer dan keluarga si mati, semakin kelihatan hiba apabila gadis tersebut memegang batu nisan calon suaminya itu serta memeluk mahar yang akan diterimanya pada majlis perkahwinannya.
View this post on Instagram
Detik hiba semasa proses pengkebumian itu juga telah membuatkan ramai warganet tersentuh. Ramai warganet yang terkesan selepas menonton video berkenaan memberikan kata-kata semangat kepada gadis tersebut.
Leave a Reply