Blog Berita Online

Hiburan

Sebulan menghilangkan diri, polis dan JAIS masih gagal cari Sajat

MESKIPUN sudah sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), usahawan kontroversi Sajat nampaknya masih aktif di media sosial dipercayai membuat ‘live’ di akaun Instagram miliknya pagi semalam.

Menurut laporan Kosmo! Online, individu dipercayai Sajat itu bagaimanapun tidak menunjukkan wajah kepada warganet selain mengatakan dirinya dalam keadaan baik.

Malah. usahawan berusia 36 tahun tersebut menjawab beberapa soalan termasuk isu murtad dan dakwaan bersem­bunyi daripada pihak JAIS dan polis.

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan),” kata Sajat selepas tular sebuah video yang memaparkan dirinya seolah-oleh berniat mahu menukar agama, tiga minggu lalu.

Menerusi laporan sama, dia turut menafikan kononnya bersembunyi selepas waran tangkap dikeluarkan susulan gagal hadir untuk sebutan semula kes di mahkamah pada 23 Februari lalu.

“Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!,” kata pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu.

Selain itu, Sajat juga mendakwa pihak berkuasa tidak mencari dirinya selain yakin polis mempunyai kes atau urusan lebih penting berbanding dirinya.

Difahamkan, itu adalah ‘live’ pertama Sajat sejak pihak berkuasa berusaha menjejakinya yang dipercayai menghilangkan diri sehingga gagal dikesan.

Leave a Reply