Blog Berita Online

Politik

Selain kelakar, Mat Sabu rupanya seorang ‘ulat buku’

Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkongsi pengalamannya bersahabat dengan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Menerusi video yang dimuatnaik di Facebook miliknya, Adly mendedahkan disebalik watak kelakar, Mat Sabu sebenarnya seorang yang suka membaca sehingga digelar ‘ulat buku’.

Mengimbas kembali saat-saat bersama bekas Menteri Pertahanan itu, Adly berkata Mat Sabu sering membawa buku di dalam begnya untuk dibaca sepanjang perjalanan ke sesuatu destinasi.

Malah, katanya, sejak berkawan dengan Mat Sabu, dia juga berubah menjadi seorang ‘ulat buku’ juga.

Ikuti kupasan menarik Tuan Haji Adly seperti berikut:

Leave a Reply