Berita Utama

Selangor lulus RM2 juta beli empat dron pantau pencemaran sungai

RAWANG: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menggunakan perkhidmatan empat buah dron berteknologi tinggi bermula November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian berkata, sebanyak dua dron ditempatkan di lembangan Sungai Langat manakala masing-masing satu di lembangan Sungai Klang dan Sungai Selangor.

Menurutnya, usaha itu sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan kawalan pemantauan bagi mengesan punca pencemaran sungai lebih awal.

“Kerajaan negeri menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah meluluskan peruntukan itu bagi menggunakan perkhidmatan dron sebagai usaha meningkatkan kawalan bagi mengelakkan isu pencemaran sungai berulang.

“Usaha ini dilihat dapat mempercepatkan penyelesaian isu air memandangkan dron yang digunakan mampu mengesan punca selain mengambil sampel air di kawasan terpencil,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Loading...

Leave a Reply