Sejak mula menyerang dunia pada akhir 2019, wabak Covid-19 seolah-olah tidak menemui jalan putus sehingga kini.
Kemunculan wabak ini telah membuatkan lebih 200 juta individu disahkan positif manakala 4.29 juta kematian telah direkodkan.
Terbaharu, selepas kehadiran varian Delta dan Delta Plus, dilaporkan sebuah lagi varian baharu dikenali sebagai Lambda disahkan ditemui di Amerika Syarikat, Peru dan Jepun baru-baru ini.
Kenyataan ini turut disahkan oleh Tan Sri Dr Noor Hishahm Abdullah menerusi laman Facebook beliau yang memaklumkan varian ini lebih mudah berjangkit serta lebih kuat dalam melawan imuniti individu yang sudah divaksin.
Kes ini mulai dikesan di Jepun pada seorang wanita di lapangan terbang Haneda yang baru sahaja tiba pada Peru pada 20 Julai lalu.
Walau bagaimanapun, wanita berkenaan dikatakan tidak mengalami sebarang simptom pada ketika itu.
Difahamkan Peru muncul sebagai negara terawal yang hadir dengan varian Lambda pada Desember lalu sebelum mulai tersebar ke Amerika Syarikat dan Jepun.
Leave a Reply