Berita Utama

Sempat bantu ambil wuduk, anak reda bapa dijangkiti Covid-19 meninggal dunia

Runtun jiwa seorang wanita yang juga merupakan doktor perubatan apabila bapanya disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat Covid-19, malam tadi.

Menerusi laman Instagram, Dr Sakinah Kamarul Bahrin atau mesra disapa Nor sempat membantu bapanya, Kamarul Bahrin Mohamad untuk mengambil wuduk sebelum dimasukkan ke ICU.

“Abah, abah reda ye semua keputusan dan persetujuan yang Nor tandatangan ni,” soal Dr Sakinah sebelum membawa arwah bapanya yang berusia 63 tahun masuk ke ICU.

Selain itu, Dr Sakinah berkongsi luahan dan memohon maaf kepada Allahyarham kerana terpaksa membenarkan semua proses rawatan itu, namun Allah SWT lebih menyayangi bapanya.

Malah, beliau turut memohon maaf kerana kurang mengingatkan bapanya untuk mengamalkan penjarakan fizikal selain menegaskan bahawa virus tersebut wujud serta boleh membunuh nyawa orang tersayang.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!