Viral

Sengaja buang susu demi hasilkan video, netizen tegur usahawan popular

Tanpa kita sedar, ramai dalam kalangan kita suka membazir makanan. Lebih teruk, ada yang sanggup membazir makanan yang masih elok, semata-mata untuk dijadikan ‘content’ dalam video.

Baru-baru ini, warga Twitter kecoh apabila seorang pemilik butik @hafizhamids memuat naik sebuah video memaparkan isterinya Leeyana Rahman membuang susu tepung anak di atas meja.

Difahamkan, video itu bertujuan dijadikan sebagai ‘parodi’ tentang perangai suami apabila melakukan kerja rumah.

Namun, seorang pengguna Twitter @NadiaAzlan berkongsi ciapan di Twitter menegur perbuatan wanita berkenaan.

“Ada parents kat luar sana yang terpaksa bagi anak minum susu pekat manis, ada yang terpaksa bagi anak minum air kosong.

“Jangan lah sebab nak kejar clout, sanggup buang susu anak demi content semata. Makanan tu rezeki Allah, jangan dibuat macam tu,” tegur @NadiaAzlan.

Menurut @NadiaAzlan, video tersebut seakan tidak sensitif dengan situasi dihadapi oleh ibu bapa lain yang terpaksa memberi anak minum susu pekat manis dan air kosong sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran @NadiaAzlan dan mengecam tindakan usahawan jenama muslimah popular itu yang disifatkan sebagai ‘publisiti murahan’.

Sementara itu, ramai juga yang berkongsi kisah dan pengalaman sendiri tentang kesusahan ibu bapa dalam mencari sesuap susu serta makanan untuk diberi kepada anak-anak mereka di luar sana.

Sebenarnya memang tak salah nak buat video parodi, tetapi isi ‘content’ haruslah bersesuaian dengan keadaan semasa dan sensitiviti masyarakat.

Lebih elok jika ia digarap dengan nilai moral yang baik, supaya boleh dijadikan sebagai contoh dan tauladan buat penonton.

Harap-harap teguran netizen ini boleh membuka mata dan menjadi satu pengajaran buat golongan bergelar ‘influencer’ di luar sana.

Sumber: Twitter @NadiaAzlan

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!