Berita Utama

Seorang maut kereta dipanah petir

KOTA BHARU – Seorang maut dalam kejadian sebuah kereta dipanah petir di Simpang Empat, Kampung Sireh di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang berada di kawasan itu dipanah petir.

Katanya, selain itu, lima buah kenderaan turut terlibat dalam kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati, sebuah kereta terputus dua dipercayai dipanah petir dan seorang mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, tular di media sosial video dan gamba yang memaparkan kejadian lima buah kereta terbakar di kawasan Simpang Empat, Kampung Sireh di sini.

Insiden itu menunjukkan keadaan kereta yang sedang terbakar, namun tiada kelihatan mangsa terlibat. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!