Politik

Shafie Apdal mampu urus negara lebih baik dari Muhyiddin

Penantian 57 tahun melihat anak Sabah diangkat sebagai Perdana Menteri akhirnya bakal menjadi kenyataan.

Demikian kenyataan Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) apabila melihat cadangan menjadikan Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) plus.

Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, sesiapa sahaja berhak memimpin Kerajaan Persekutuan walaupun jika calon itu datangnya dari Sabah dan sememangnya mempunyai kelayakan sama untuk memimpin Persekutuan.

“Kita sudah menanti 57 tahun untuk ini. Saya percaya beliau (Mohd Shafie) mempunyai kebolehan dan kelayakan…mempunyai bakat kepimpinan yang sama seperti orang lain.

“Selaku Ketua Wirawati Sabah dan rakan Wirawati yang lain, kami berdiri teguh di bekalang presiden parti kami,” katanya ketika diminta mengulas mengenai video tular yang menunjukan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Mohd Shafie sebagai calon Perdana Menteri PH plus.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Wirawati Warisan, di pejabat Warisan, di sini hari ini.

Mengenai isu keanggotaan parti, Munirah berkata, Warisan meraikan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyertai parti.

Katanya, sebagai Ketua Bahagian Warisan Kota Belud, beliau terbuka untuk menerima sesiapa sahaja.

“Tiada diskriminasi. Jika permohonan keahlian di hantar ke bahagian, cawangan sudah tentu kita akan hantar kepada Setiausaha Agung parti. Kenapa pula kita mahu halang mereka yang ingin menyertai kita.

“Saya rasa Warisan adalah wadah terbaik untuk seluruh warga Sabah tanpa mengira bangsa, agama sekalipun.

“Warisan adalah Sabahan,” katanya.

Mengenai kekeliruan penubuhan cawangan yang berlaku di Kota Belud, Munirah berkata, perkara itu tertakluk kepada kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Katanya, Warisan Bahagian Kota Belud sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyertai parti. Permohonan keahlian mereka menyertai parti diterima kerana permohonan diberikan kepada pejabat parti di peringkat negeri pada Julai 2019.

Namun, cadangan penubuhan cawangan itu tidak diterima di peringkat bahagian.

Untuk makluman, penubuhan cawangan bukan tertakluk kepada kelulusan ibu pejabat parti. Ini merupakan bidang kuasa RoS.

Semalam, Pengerusi penaja cawangan Kota Belud Awang Salleh Makmud bersama 11 individu yang memohon menyertai Warisan tahun lepas menarik diri kerana didakwa bosan menunggu kelulusan rasmi Warisan.

Kumpulan daripada empat cawangan di bahagian Kota Belud itu juga mendakwa proses keahlian Warisan perlahan, tidak sistematik dan membenarkan amalan favoritisme.

Loading...

9 Comments

  1. Red

    Kalau dia jadi pm Malaysia..kemungkinan besar akan Ada banyak pendatan tampah izin yang masuk di negara ini..ambil contoh negeri Sabah..dia jadi pm Kat sana pendatan tampah izin dari Filipina Makin ramai,makin besar kepala,Makin berani …

  2. Red

    PM Malaysia yang sekarang inilah yang Kita perlukan ..sangat peduli pada rakyat Dan negara…bertindak pantas mengikut keadaan…

  3. Azura Azimah

    merapu apakah ini, negeri sabah pun tak terurus oleh dia ni kan nak urus negara malaysia ? hahahahaha saya tk sokong mana mana pihak tp saya cakap apa yg saya lihat, ada sesetegah pihak pernah berseru agar suara anak muda harus dan perlu di dengar jugakan ? d sini saya hanya menyuarakan dengan apa yg saya lihat dan saya sama sekali tidak menyokong mna² pihak, sekian

  4. Rozana

    Sudah² laaaaaa….. Mimpi indah tu hilang bila terbangun… Apasal masih tidur n tidak mau bangun²….. Rakyat seluruhnya bukan ‘tikus putih’… Naik menyampah dgn permainan politik yg sgt tidak matang n desperate ni…..

  5. Ora

    Harap2 tak jadi kenyataan… Menakutkan. Malaysia jadi bumi PTI nnti

  6. Rai

    Sabah pun tak terurus, Ada hati mo jadi PM …. Bangun oii… Jangn bnyk mimpi ….

  7. Dr.Haji.

    Tun M usahlah tulis skrip lagi.

  8. Irfan

    Pui mau jadi PM.. Cuba tengok muhyiddin dia sendiri pun x expect jadi PM bukannya meminta..ngam2 jadi menteri masa covid-19 melanda negara.. Tapi tengok cara dia melawan wabak covid-19 dlm tempoh 100 hari dh ok sekarang.Cuba tengok kerajaan PH tadbir Malaysia habis hancur semuanya . Sudah2lh dgn drama yg x berkesudahan ini ..ingat rakyat sekarang bodoh ke mcm zaman dulu.. Sabah sendiri pun x terurus inikan Malaysia.. Weyh kasi matilah kamu punya angan2 ..x pasal2 punah Malaysia

  9. trex

    NAMPAK SGT KAKI BODEK..sokong untuk kpentingan sendiri..

Leave a Reply