Berita Utama

Shafie Apdal tidak kesal bubar DUN ketika pandemik Covid-19

Bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.

“Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan,” katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Shafie berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Alamin (BN-Kimanis) apakah dia kesal kerana mencadangkan pembubaran Dun bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Tegas Shafie dia tidak akan tunduk kepada pihak yang mengamalkan konsep “cash is king” dan mempunyai keupayaan untuk membeli wakil rakyat.

Katanya, PRN Sabah tidak akan berlaku jika kerajaan pimpinannya tidak diganggu oleh pihak tertentu.

Berdasarkan rekod, seramai 173 rakyat Sabah meninggal dunia akibat Covid-19.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!