Berita Utama

Shuib dedah ada orang dalam cuba jatuhkan bisnesnya

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu akui ada cubaan untuk mensabotaj perniagaan minumannya, Bubble Bee.

Kata Shuib, lebih mengecewakan apabila perbuatan itu dari orang dalam yang dipercayainya sendiri.

“Banyak yang cuba sabotaj dan baru-baru ini ada yang buat lagi. Mungkin orang nampak saya fragile (rapuh), senang-senang boleh viralkan.

“Individu terbabit cuba berkomplot sebab tidak berpuas hati dengan saya.

“Saya bayar gaji, awak ikut kerja. Kalau betul saya langgar peraturan ya, saya salah.

“Tapi selagi saya mengikut Akta Buruh yang ditetapkan sebagai majikan, saya tidak takut kalau tak salah,” katanya yang mendedahkan secara terperinci.

Bagaimanapun, individu terbabit telah dipecat Shuib atas dasar merugikan syarikatnya.

“Saya tak boleh bertoleransi lagi dan apabila melibatkan orang dalam yang cuba menjatuhkan saya, terpaksa saya buang,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Shuib kini sedang giat melebarkan bisnes minumannya itu dengan menambah cawangan lain selepas Shah Alam, Petaling Jaya dan Setapak.

Loading...

Leave a Reply