Berita Utama

Shuib terharu dapat tahu solat jenazah ghaib buat Siti Sarah di Masjidil Haram

Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin pada awal pagi semalam telah mengejutkan ramai pihak termasuklah ahli keluarga, rakan selebriti serta peminat-peminatnya.

Namun, ia memberi kesan yang cukup mendalam buat Shuib dan juga anak-anak.

Terbaharu, Shuib berkongsikan video solat jenazah ghaib khas untuk bidadari syurganya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Shuib di Twitter, dia memberitahu bahawa telah mendapat satu kiriman video solat ghaib untuk Allahyarham isterinya yang telah dilakukan di Mekah.

Difahamkan, ada individu telah meminta imam masjid berkenaan untuk mengadakan solat berkenaan yang dihadiri seramai lebih kurang 300 orang.

Setelah medapat tahu perkara tersebut, Shuib meluahkan rasa syukur dan mengatakan ia merupakan rezeki buat arwah isterinya.

“Allahuakbar, untungnya ibu Ya Allah. Sayang rezeki you sayang,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!