Blog Berita Online

Hiburan

Kekasih gelap tagih hutang, video mirip pelawak tak berbaju atas katil hotel tular

Nampaknya kontroversi seorang pelawak terkenal dengan seorang wanita dipercayai kekasih gelapnya kembali menjadi perhatian netizen susulan tindakan wanita itu memuat naik beberapa video pelawak itu di dalam sebuah bilik hotel.

Dalam kapsyen yang disertakan oleh Farah menerusi Instagram peribadinya f.zzatys sebelum ini, dia ada memberi amaran mengenai seseorang untuk memuat naik satu video susulan tindakan individu tersebut tidak membayar duitnya.

Tak lama selepas itu, dua video menunjukan sosok tubuh seorang lelaki telah dimuat naik olehnya dengan menunjukan satu perbualan mesej bersama seseorang.

Dalam kapsyen yang disertakan, Farah memberitahu individu tersebut meminjam wang daripadanya dan ini balasan atas segala pengkhianatan, fitnah dan hutang. Dia juga menegaskan tidak akan menghalalkan serta memaafkan semuanya.

Tambahnya lagi, dia meminta agar lelaki tersebut berhenti untuk mempermalukannya kepada seorang lagi wanita semata-mata hanya ingin menutupi kesalahannya.

Dalam pada itu, dia juga telah menyertakan sekali semua bukti panggilan tidak berjawab oleh lelaki terebut setelah lama bersabar dengan kerenahnya.

Menurut Farah, sudah lama dia bersabar dan sempat memberi amaran agar individu berkenaan membayar hutang-hutangnya sebelum lebih banyak video atau gambar tersebar di media sosial.

Sementara itu, isteri kepada pelawak itu tampil memberikan respon berhubung isu tersebut.

Ujar Rossa, sekarang orang ramai sudah pastinya tahu ‘mengapa’ suaminya bertahan selama ini dan pada masa yang sama, dia meluahkan rasa kecewa terhadap wanita tersebut yang seolah-olah membuka aib sendiri.

“Alhamdulillah akhirnya sekarang orang tahu dah kan kenapa Shuk bertahan? Video lama-lama yang disimpan lama, masa main sama-sama semua. Sebab tu aku bertahan jaga nama baik kamu, akhirnya kamu juga yang buka. Duit apa tu? Duit sewa kereta Honda ke? Bayar duit hotel uols ke? Kata semalam terima kasih cinta untuk segalanya,” ujarnya.

Menerusi Instastory yang dimuat naik oleh wanita tersebut, menjelaskan ramai pihak yang memintanya untuk memadam video tersebut yang memaparkan seorang lelaki yang hanya memakai tuala dan dipercayai berada di dalam sebuah bilik di hotel.

Pada masa yang sama, dia turut memuat naik beberapa perbualan mesej yang didakwa dihantar oleh pelawak tersebut dan pelawak itu memintanya supaya menerima keluarganya dengan sebaik mungkin.

Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga memintanya untuk melupakan dendamnya selama ini dan memperbetulkan keadaan seperti sedia kala.

“Orang salahkan aku kata aku terhegeh? Kata aku macam-macam. kejap bunuh diri lah, kejap turun balcony jam 3 pagi. Aku penat dah. Sebab aku selalu kena blame sedangkan sana u please u.

“Dear ****, kejap tau. Sebab **** pernah sebut sumpah cerai talak 3 dalam text. Ni tengah dapatkan balik text tu. Jangan happy sangat my lady. Am so tired,” ujarnya.

Leave a Reply