PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sekali lagi pada Sabtu ini berikutan Setiausaha Agung DAP itu mendapat cuti sakit selama dua hari.
Peguamnya, RSN Rayer, berkata, Guan Eng hadir ke SPRM hari ini sebagai seorang saksi bagi membantu siasatan kes projek terowong dasar laut kerajaan Pulau Pinang.
“Sebenarnya beliau tidak sihat hari ini, beliau ada cuti sakit untuk dua hari iaitu hari ini dan esok. Namun, memandangkan kita sudah menerima notis untuk hadir, kami memberi kerjasama penuh kepada SPRM.
“Belum selesai lagi (beri kenyataan), kami diminta untuk hadir sekali lagi pada Sabtu ini jam 10 pagi,” katanya pada pemberita ketika ditemui di pekarangan SPRM, di sini, hari ini.
Guan Eng dan RSN Rayer dilihat meninggalkan SPRM pada jam 7.13 malam dengan menaiki Toyota Vellfire putih selepas lebih enam jam memberi keterangan.
Guan Eng tiba di SPRM kira-kira jam 1.05 tengah hari tadi ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa EXCO dan bekas EXCO kerajaan Pulau Pinang dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.
Sehingga kini, SPRM sudah menahan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan tiga syarikat diserbu kerana dipercayai ada kaitan dengan projek berkenaan.
Kes itu disiasat oleh SPRM sejak 2017.
ardi
Kalau kena panggil lg dn ada lafi cuti sakit… harap2 trus sakit dn mampus terus. menyusakkan orang2 macam ini