Blog Berita Online

Berita Utama

Sindiket Macau Scam cuba perdaya anggota polis

Sejak kebelakangan ini, heboh diperkatakan kes penipuan melibatkan sindiket Macau Scam, namun mereka nampaknya langsung tidak gentar dengan pihak berkuasa Malaysia.

Menerusi video yang dikongsi di Facebook Polis Kedah, seorang lelaki dipercayai anggota sindiket berkenaan telah menghubungi seorang anggota polis wanita berpangkal koperal.

Suspek cuba untuk memperdayakan mengsa dengan mengatakan yang mangsa telah membuat pembelian secara atas talian berjumlah lebih RM15,000 dari negara Cina dan dikenakan cukai sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, cubaan suspek gagal malah anggota polis berkenaan sempat mempermain-mainkan suspek sehingga akhirnya dia meletakkan telefon sebelum sempat menghabiskan perbualannya.

Leave a Reply