Berita Utama

Suami isteri maut motosikal rempuh lori

SEPANG – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 49 Jalan Cyberjaya/Dengkil menghala ke Cyberjaya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.05 tengah hari tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati, sebelum kejadian berlaku mangsa yang menunggang motosikal jenis Benelli sedang dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke arah Cyberjaya.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, motosikal itu merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah kerosakan enjin.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
“Polis sedang dalam usaha mengesan waris si mati,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!