Viral

Suami maut digilis treler, wanita dan empat anak perlu bantuan

Seorang individu tampil menyeru orang ramai bagi menghulurkan sumbangan buat keluarga kepada mangsa maut yang digilis dan diseret dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Sungai Buloh, Selangor semalam.

Menerusi laman Facebook, Eryzal Edry memuat naik sebuah posting berharap orang ramai dapat meringankan beban isteri serta empat anak Allahyarham Mohamad Hafiz Mukhtar yang masih kecil.

Menurut Eryzal, dia tidak mengenali arwah tetapi atas dasar ingin membantu dan bersimpati terhadap nasib keluarga mangsa yang berusia 28 tahun itu.

“Mohon bantuan ikhlas buat isteri mangsa. Kesian pada anak² arwah semuanya empat orang yang masih kecil lagi. Isteri pulak suri rumah sepenuh masa.

“Jadi saya kongsi posting ni agar ada orang lain juga boleh turut serta membantu walau dalam apa jua bentuk bantuan sekalipun,” katanya.

Memetik laporan BH Online, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal Modenas Kriss melanggar belakang sebuah Proton Waja yang cuba mengubah laluan ke kiri jalan.

“Mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar belakang kiri Proton Waja terbabit dan jatuh di sebelah kiri laluan.

“Pada masa sama, sebuah treler yang berada di belakangnya tidak sempat mengelak tergilis mangsa dan menyeretnya sejauh kira-kira 14 meter,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat.

Pemandu kereta tersebut yang juga seorang lelaki warga Bangladesh ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah Azman, siasatan awal mendapati lelaki warga Bangladesh itu tidak mempunyai lesen memandu sah dan kereta yang dipandu adalah milik majikannya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, orang ramai boleh membuat sumbangan menerusi akaun Maybank, 158173024045 atas nama Jamaliah Khairuddin (adik perempuan kepada isteri arwah).

Loading...

Leave a Reply