Berita Utama

Suspek ‘diangkut’ ke sungai cari bahan bukti, polis terpaksa guna unit selam

Kes pembunuhan gadis berusia 19 tahun, Sti Nur Surya Ismail pada minggu lalu benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Lebih memilukan apabila arwah telah dibunuh dengan pergelangan tangan kirinya putus di hadapan ibunya yang terlantar sakit di ruang tamu rumah.

Suspek yang juga kenalan arwah telah ditahan reman sejak 3 November lalu setelah hadir memberi keterangan di balai polis.

Sementara itu, pihak polis meneruskan siasatan di sebuah sungai di Telemong, Kuala Berang bagi mengesan barang kes yang dipercayai dibuang ke dalam sungai tersebut.

Pencarian bahan bukti berkenaan telah menggunakan khidmat Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga yang membantu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu.

Suspek yang berpakaian lokap juga dibawa ke lokasi bagi membantu pihak polis mencari bahan bukti.

Terdahulu, polis menemui senjata dipercayai pisau yang dibuang di tepi lebuh raya, tidak jauh dari lokasi pembunuhan tragis itu.

Pada 1 November lalu, Allahyarham Surya ditemui tertiarap tidak bernyawa oleh adik perempuannya, Siti Nur Syuhada yang baru pulang dari sekolah.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!