Tokoh ulama Perak, Tuan Guru Syeikh Ismail Alang Muhammad al-Kholidi telah kembali ke rahmatullah di Kuala Kangsar.
Berita duka ini dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa di laman Facebooknya. Allahyarham meninggal dunia pada usia 97 tahun.
Nama sebenar beliau, Syeikh Ismail Bin Alang Muhammad dilahirkan sekitar tahun 1925/1926 dan mendapat pendidikan awal dari datuknya sendiri, Mufti Haji Ismail Hamzah dalam asas ilmu agama.
Ketika di usia muda beliau giat mempelajari ilmu agama disekitar Perak dengan berguru dengan beberapa para alim ulama terkenal seperti Syeikh Abdullah Fahim.
“Moga Allah Taala menerima segala amal kebajikan, jasa baktinya terhadap agama dan penat lelah Allahyarham dalam mendidik masyarakat. Moga Allah Taala menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga ilahi. Amin”
Leave a Reply