Tahun lepas, tular kisah seorang wanita yang dengan senang hati membantu suaminya menguruskan majlis pernikahan dengan seorang wanita lain.
Kisah tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial kerana wanita itu seakan begitu bahagia menyambut kehadiran orang baru dalam rumah tangganya bersama suami setelah 6 tahun berkahwin.
Walau bagaimanapun, menerusi laman sosial wanita yang dikenali sebagai Syiela Rashid itu memaklumkan yang suami dan madunya telah bercerai.
Dia juga turut memuat naik gambar sewaktu menemani suaminya ke mahkamah syariah, hari ini.
Menerusi luahan di status Facebook, Syiela seakan memberi bayangan yang dia menerima ini semua secara positif dan tetap bersama suaminya dalam apa keadaan sekalipun.
Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Mana tidaknya, perkahwinan itu tular kerana isteri kedua telah dipinang sendiri oleh isteri pertama dan majlis pernikahan turut diuruskan oleh wanita itu.
Namun, perkahwinan yang dibina tidak berpanjangan dan isteri kedua diceraikan hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap.
Leave a Reply