Blog Berita Online

Berita Utama

Tadika viral campak anak murid ‘dikunci’ MBSA

TADIKA  swasta di Jalan Kebun, Klang yang tular ekoran seorang guru mencampakkan salah seorang anak muridnya di dalam kelas telah dikunci oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Namun tidak dapat dipastikan bila tindakan itu telah diambil oleh MBSA dan tempoh penutupannya.

Melalui tinjauan yang dilakukan oleh krew TV Alhijrah di seluruh kawasan tadika terbabit telah dipagar dengan pita larangan memasuki kawasan tadika berkenaan.

Usaha krew TV Alhijrah untuk mendapatkan reaksi pengetua tadika dan perakam video berkenaan juga tidak berjaya.

Sementara itu Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin memaklumkan perkara berkenaan di bawah tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kelmarin tular di media sosial video berdurasi 10 saat dan mencetuskan kemarahan orang awam yang memaparkan seorang guru wanita mengangkat sebelum mencampakkan seorang murid lelaki sambil disaksikan sendiri murid-murid yang lain.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada minggu lalu ketika sesi pembelajaran di tadika swasta tersebut.

Pihak sekolah telah mengambil tindakan terhadap guru berkenaan.

Pihak polis juga telah mengambil keterangan guru terbabit sebelum dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Leave a Reply