Berita Utama

Tajuddin dipecat sebagai Pengerusi Prasarana berkuat kuasa serta-merta

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dipecat dari jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang dilihat Malaysiakini.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan YB Dato’s Sri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuat kuasa serta merta,” tulis surat yang dialamatkan kepada Tajudin itu.

Perkembangan itu hadir ketika Tajuddin mendapat kecaman susulan kenyataannya ketika mengendalikan sidang media mengenai kemalangan LRT baru-baru ini.

Setakat 7.30 malam tadi, petisyen yang menggesa pemecatan Tajuddin mendapat lebih 130,000 penandatangan.

Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020.

Beliau menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!