Hiburan

Tak sampai 24 jam nikah, majlis Neelofa disiasat polis

BELUM selesai kehangatan perkahwinan antara selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas Haris Ismail, polis telah membuka kertas siasatan berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) majlis tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan mendapati majlis tersebut gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Berikutan itu, pihak penganjur bagi majlis bertemakan persalinan serba putih itu akan dipanggil bagi membantu siasatan selanjutnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai dakwaan majlis berkenaan tidak mengikut SOP selain disifatkan ‘double standard’ oleh warganet antara rakyat biasa dan golongan artis.

Antara dua darjat

Artis buat macam ni boleh pulak?

Apa boleh buat, kita rakyat marhaen…

Neelofa dan Haris selamat diijabkabulkan dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, pagi semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut dijemput bagi membacakan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi) , Twitter

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!