SHAH ALAM – Mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara, termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, di sini diconteng individu tidak bertanggungjawab.
Melalui klip video berdurasi 15 saat yang tular di media sosial, mural-mural tersebut diconteng dengan kata-kata kesat seperti babi, bangsat dan sebagainya.
Busuknye hati 😬😬😬 pic.twitter.com/9jOQDKwTgm
— Labu suka anak pak aji (@MrJamesLabu) July 20, 2020
Mural tersebut dihasilkan tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.
Seri Paduka sebelum ini turut berkenan berkenan berangkat melawat mural gergasi tersebut sebelum mengurniakan surat penghargaan dan cendera kenangan kepada tiga pelukis terbabit.
Menurut ketiga-tiga pelukis itu, penghasilan mural ini sebagai cara mereka mengekspresi penghargaan terhadap pemimpin yang sudah banyak berjasa kepada negara.
Terkini di lokasi. Visual dah ditutup. Pihak polis, media & pelukis dah sampai utk bincang2 pic.twitter.com/bAvH9TVXia
— Labu suka anak pak aji (@MrJamesLabu) July 20, 2020
Selain potret Al-Sultan Abdullah, pelukis berkenaan turut menghasilkan potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Potret ini dilukis sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin negara atas usaha mereka memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, terutama ketika penularan wabak COVID-19.- SuaraTV
Leave a Reply