Blog Berita Online

Viral

Tak sempat bawa ke hospital, bayi meninggal dunia dalam bas

TAK dapat bayangkan betapa pilunya hati seorang ibu apabila anak yang dikandung selama 9 bulan telah pergi buat selama-lamanya.

Lebih menyayat hati apabila si ibu tidak sempat untuk membawa bayinya itu ke hospital untuk menerima rawatan selepas si kecil itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan menaiki bas.

Kejadian tersebut viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari netizenn yang rata-rata bersedih dengan pemergian anak yang tidak berdosa itu.

Malah, video yang menunjukkan si ibu hanya mampu memeluk erat tubuh dan mengucup dahi bayinya itu tanpa memberi sebarang kata-kata meruntun hati netizen.

Difahamkan, bayi tersebut yang dipercayai mengalami masalah kesihatan dalam perjalanan dari Julau ke Kuchind namun disahkan meninggal dunia ketika bas berhenti di Jelukong.

Sementara itu di ruangan komen, para netizen memberikan ucapan takziah buat keluarga bayi malang itu selain mendoakan agar mereka diberi ketabahan dalam menghadapi ujian yang menimpa.

Salah seorang netizen juga menghulurkan wang RM300 kepada si ibu sebagai tanda simpati terhadap kejadian itu.

Leave a Reply