Viral

Tak tahan dikecam netizen, Eira Aziera mohon maaf

Tidak tahan dengan kecaman bertali arus dari netizen, seorang usahawan produk kurus yang juga influencer media sosial tampil memohon maaf.

Ia gara-gara insiden wanita itu yang dihalau ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Jujur Eira katakan, salah tetap salah. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira menginggung hati banyak pihak,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook miliknya.

Menurut Eira Aziera, insiden tersebut bukan sahaja telah menimbulkan salah faham dalam kalangan pengikutnya tetapi turut memberikan kesan yang amat mendalam kepada dirinya dan keluarga termasuklah suami serta anaknya, Eira Qalesya.

“Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang kepada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur kata Eira pada hari-hari mendatang. IsyaAllah.

Eira berharap agar pemilik restoran di Melaka dan pemilik akaun Facebook yang terkesan dengan kata-kata Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat sama ada secara sengaja melalui posting ‘live’ Facebook sebelum ini,” ujarnya.

Video permohonan maaf yang dimuat naik lima jam yang lalu itu mendapat lebih 380 ribu tontonan dan dikongsi lebih 2,500 kali.

Loading...

Leave a Reply