Berita Utama

Takwim Penggal Persekolahan 2020 dipinda, cuti akhir tahun hanya 14 hari

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid.

Pindaan melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan).

Selain itu, Cuti Akhir Tahun bagi sekolah-sekolah negeri dalam Kumpulan A telah dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala, sekolah-sekolah dalam Kumpulan B telah dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.

“Justeru, jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah.

“Manakala, bilangan hari pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah sebanyak 56 hari bagi sekolah negeri dalam Kumpulan A dan bilangan hari pembelajaran di rumah serta bagi sekolah negeri Kumpulan B adalah 55 hari,” kata kenyataan itu lagi.

Bilangan hari pembelajaran di rumah ini hanya terpakai kepada murid Tingkatan 5 dan 6 sahaja, sementara bagi murid lain bergantung kepada bila mereka akan kembali ke sekolah kelak.

Loading...

Leave a Reply