Berita Utama

Tangisan cucu di sisi jasad nenek, kongsi pasal kematian sebelum maut kemalangan

Sebak melihat seorang anak kecil duduk dalam keadaan sugul tatkala mayat nenek kesayangannya yang terbaring kaku selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Menurut laporan Berita Harian, seorang wanita maut manakala cucu lelakinya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pokok berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Kwo di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Asmah Baharuddin berusia 57 tahun manakala cucunya, Nik Muhammad Adam Daniel Muhammad Fadzil, 9, patah tulang rahang dan cedera di muka.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai 10 anggota menaiki dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik anggota tiba, mereka mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas dan terdapat dua mangsa di dalamnya.

“Seorang wanita tersepit di tempat duduk pemandu, dikeluarkan anggota dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian. Kanak-kanak lelaki itu pula dikeluarkan orang awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan pada bahagian muka pula dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Apa yang berlaku sungguh memilukan memandangkan arwah ada berkongsi mengenai kematian di Facebooknya miliknya dua minggu lalu seolah-olah arwah tahu ajalnya hampir tiba.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!