Blog Berita Online

Berita Utama

Tauke akhirnya mengaku dia ditahan polis

Selepas beberapa hari namanya dikaitkan dengan kes pemerdagangan manusia, pelawak Tauke Jambu mengaku ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan, laporan Utusan Online.

Menurut laporan tersebut, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria membuat pengakuan itu menerusi InstaStory sebelum dikongsi semula oleh isterinya Nadia Mohd Effendi, petang tadi.

“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” katanya.

Terdahulu, pelawak berusia 45 tahun itu menafikan dirinya adalah individu yang ditahan polis pada Ahad lalu berhubung kegiatan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Malah, menerusi laporan sebuah portal semalam, dia juga merancang untuk mengadakan sidang media dipercayai berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat.

Leave a Reply